Melihat kek yang berbentuk bulat dan petak empat segi adalah satu kebiasaan kerana itu adalah bentuk yang selalu dibuat oleh pembuat kek dan bakeri dan pastinya mata anda akan lebih tertarik dengan bentuk kek yang unik.

BACA: Roti Bakar Unicorn Wujud Di Malaysia?

Seorang ibu tunggal, Nor Haslinda, 35, yang berkerjaya sebagai pembantu pegawai undang-undang di Melaka mempunyai bakat dan kemahiran untuk membuat serta mengubah kek dengan bentuk yang unik dan menarik.

Antara gubahan keknya yang menarik perhatian umum adalah sebiji kek yang dihias menyerupai seekor ular sawa batik yang sedang berlingkar.

Selepas memuat naik gambar tersebut di Facebooknya ramai yang memberi respon bahawa kek tersebut memang nampak seperti seekor ular yang sebenar bahkan ada yang berasa geli geleman setelah melihat gambar itu.

Norhaslina memberitahu Harian Metro bahawa kek tersebut telah ditempah oleh seorang pelanggannya yang mencintai haiwan eksotik.

Selain itu dia juga mempunyai kemahiran membuat dan menghias kek dengan pelbagai bentuk yang lain seperti jambangan bunga, bentuk beruang dan juga bentuk kubur.

Gambar: Facebook Mas Intan

“Perasaan takut dikecam netizen setiap kali menghasilkan kek berbentuk pelik memang ada, namun adik memberi semangat,” katanya.

Menurut Norhaslinda dia pernah diminta untuk membuat kek yang berbentuk mangkuk tandas namun dia menolak tempahan tersebut kerana ingin menjaga sensitiviti masyarakat.

VIDEO: Kena Baling Dengan Keropok?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram