Bukan sahaja plastik beg dikenakan caj 20sen, kini air minuman ikat tepi juga dikenakan bayaran lebih sebanyak 30sen sebungkus.

BACA: Pulau Pinang Bazir Hampir 1 Tan Sisa Makan Sehari

Sumber dari Fb Metafora Anafora

Kes terbaru ini hangat diperkatakan oleh pengguna laman sosial Facebook setelah seorang pengguna laman sosial itu memuatnaik gambar resit yang menunjukkan caj tambahan ikat tepi berjumlah 30sen.

Seorang pelanggan di kawasan Hentian Rehat & Rawat (R&R) KESAS, Petaling Jaya membeli sebungkus air limau asam boi terkejut apabila melihat resit tersebut kerana dia dikenakan caj tambahan iaitu caj ‘ikat tepi’ sebanyak 30sen.

Seorang wanita dikenali sebagai Nita Saidi dikatakan wakil daripada kedai berkenaan memuatnaik video di laman sosial Facebook bagi memberi jawapan kepada masyarakat mengenai caj tambahan ikat tepi yang dikenakan.

Video berdurasi selama dua minit itu menunjukkan perbezaan kuantiti air yang minum di kedai dan air bungkus ikat tepi.

Malangnya, video itu dikecam teruk oleh pengguna laman sosial tersebut kerana jawapan diberikan oleh Nita tidak dapat diterima oleh orang ramai.

Malah, ada yang mengatakan video itu memburukkan keadaan sedia ada kerana kenyataan yang diberikan oleh Nita tidak dapat menjernihkan keadaan kembali.

Semoga peniaga-peniaga di luar sana lebih bertimbang rasa ketika berniaga kerana tidak semua mampu untuk membayar lebih dari yang sepatutnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”