Inginkan Percutian Murah? Ini 4 Tempat Yang Boleh Dilawati

0
2216

Pernah tak anda pasang impian nak pergi bercuti ke luar negara? Nak merasa pakai baju tebal masa musim sejuk, main salji dan sebagainya.

BACA: Banyak Sangat Tikus, Line Clear Di Arah Tutup

Tapi, dengan nilai matawang yang tak menentu masa ini, agak susah nak kumpul duit untuk realisasikan impian tu. Betul tak?

Tahukah anda di Malaysia ini pun ada banyak tempat eksklusif dan menarik seperti luar negara? Jom baca 4 tempat percutian murah seperti luar negara ini.

1. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Sumber dari mrsabah.com

Bercuti ke New Zealand merupakan impian yang wajib ada. Tapi, faktor kewangan yang tak mengizinkan menghalang impian untuk ke sana.

Jangan risau, sebab anda boleh ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kundasang, Sabah. Ianya merupakan salah satu destinasi popular di Kundasang.

Berlatarkan Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm ini memberikan anda pemandangan yang segar dan menakjubkan!

Sumber dari Ezzat Roslan via Flickriver

Desa Cattle ini sebenarnya sebuah ladang perternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang diternak di sini bukan jenis lembu biasa. Bakanya berasal dari luar negara.

Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus. Menariknya, landskap ladang ternakan ini dibuat hampir menyerupai ladang ternakan di negara Eropah.

Dibuka pada setiap hari, anda boleh masuk dan mengambil gambar sepuas-puasnya dengan bayaran hanya RM5 sahaja.

2. Colmar Tropicale, Pahang

Sumber dari elinchow.blogspot.com

Sekiranya selalu memandu di lebuhraya Pantai Timur (LPT), anda mesti akan terlihat papan tanda menuju ke arah Bukit Tinggi, Pahang.

Tahukah anda, di Bukit Tinggi ini terdapat bangunan yang rekabentuknya seperti bangunan di negara beriklim sejuk di Eropah?

Sumber dari elinchow.blogspot.com

Suasana sejuk dan nyaman boleh anda rasai seperti berada di Eropah dengan hanya RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Senibinanya membuatkan anda seperti berada di La Petite France Strasbourg.

Ianya merupakan kawasan bandar lama dengan rumah-rumah dan bangunan separa kayu, senibina yang unik dari sebuah kampung utara-timur di Perancis sejak abad ke-16.

3. Japanese Village, Bukit Tinggi

Sumber dari elinchow.blogspot.com

Japanese Village merupakan sebuah taman landskap yang berkonsep Jepun.

Anda boleh datang ke sini dan melawat ke Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant.

Kaio Ariizumi adalah arkitek Jepun yang bertanggungjawab mengilhamkan tempat ini. Tujuannya bagi menarik minat pengunjung merasai kehijauan tropika di Bukit Tinggi.

Sumber dari panoramio.com

Selain itu, Japanese Village dilengkapi dengan kolam-kolam berbatu, kolam ikan koi, taman bunga dan juga rumah teh Jepun yang selalunya mengendalikan majlis teh tradisional.

Dengan bayaran cuma RM20, anda dapat merasai suasana perkampungan Jepun dengan mudah dan istimewa.

4. Masbro Village, Melaka

Sumber dari lookp.com

Sebut pasal Australia, salah satu tarikan di sana adalah hotel berwarna Brighton Beach di Melbourne.

Tapi, nak ke sana bukannya senang. Di Malaysia pun ada juga sebenarnya.

Apa kata anda ke Paya Rumput, Melaka dan menginap di hotel Masbro Village yang berwarna warni dan sangat cantik ini.

Chalet unik berwarna-warni ini boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk satu rumah dengan kemudahan ruang tamu berserta sofa, tv dan meja makan.

Sumber dari johornow.com

Terdapat juga dapur yang dilengkapi mikrowave, cerek, peti ais dan pinggan mangkuk. Dua buah katil saiz queen di tingkat atas, dan sebuah katil sofa di tingkat bawah.

Berdekatan dengan Stadium Hang Jebat, dan cuma 5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng. Jarak ke bandar Melaka cuma 7km sahaja.

Jadi, percutian di luar negara tak mustahil jika kita sudah ada segalanya di Malaysia, kan? Apa lagi, jom kemas barangan anda dan mulakan percutian!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Roti John Cheese Padu, Meatball Cucuk Sedap!