Ini Cara Hilangkan Warna Kuning Selepas Kupas Kunyit

0
269

Bagi menyediakan masakan tradisional yang sedap adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan segar seperti jika hendak menyediakan gulai lemak cili padi, kunyit hidup wajib digunakan kerana aroma dan rasanya lebih memberi rasa berbanding kunyit serbuk.

BACA: 3 Tips Mudah Untuk Lembutkan Ayam Kampung

Akan tetapi pasti anda mengetahui apabila memegang kunyit ketika mengupasnya, tangan akan menjadi kekuningan kesan daripada semulajadi kunyit tersebut dan kadang-kadang timbul juga rasa segan sekiranya selepas memasak anda perlu bertemu orang, walau dibasuh dengan air dan mengosoknya dengan sabun warnanya masih lagi tidak hilang.

Oleh itu kami kongsikan beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan tangan dan cari anda mempunyai sisi kuning selepas mengubas kunyit dan anda tidak risau lagi ketika menyediakan masakan.

1. Kupas kunyit di bawah air yang mengalir


Anda boleh cuba mengupas kunyit di dalam sinki dan buka sedikit air paip. Cara ini dapat mengelakkan tangan anda menjadi warna kuning dan warna mengalir bersama ir.

2. Oleskan minyak kelapa pada tangan


Minyak kelapa memang mempunyai pelbagai khasiat dan ia juga boleh digunakan untuk mengelakkan warna kunyit melekat pada tangan. Sebelum mengupas kunyit, ambil sedikit minyak kelapa dan ratakan pada tapak tangan, setelah selesai mengupas basuhlah tangan anda dengan air sebersihnya.

3. Sapukan minyak zaitun


Sekiranya anda terlupa untuk mengamalkan dua tips di atas dan tangan anda sudah pun berwarna kuning selepas memasak. Jangan risau, ambil sedikit minyak zaitun dan sapukan di tangan dan cari dan biarkan seketika. Setelah itu gosok secara berulang kali dengan kain bersih yang dilembabkan dengan air suam.

VIDEO: Makan Steamboat Murah Kat Kelantan, RM20 Je Wei! 😱 😱 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram