Ini Jadi Bila Anda Makan Aiskrim Hitam

0
1285
Gambar: Instagram imatoobrush

Apabila sebut tentang aiskrim pasti anda akan terbayang rasanya yang manis berlemak, sejuk dan berwarna warni sama ada mengikut perisa seperti coklat, vanilla, mahupun perasa buah-buahan.

BACA: Taktik Jualan Professor Cendol Buat Kedai Penuh!

Namun begitu sebuah kedai aiskrim, Little Damage Ice Cream Shop, yang bertempat di Los Angeles, California telah memperkenalkan menu aiskrim terbaru mereka iaitu almond charcoal ice cream.

 

Keseluruhan aiskrim perasa ini berwarna hitam, baik krimnya dan juga kon wafernya.

Aiskrim ini juga mempunyai ‘instagram value’ bila mana ramai orang di sana memuat naik gambar aiskrim yang telah mereka beli.

 

Mungkin ada sesetengah daripada anda terfikir apakah rasanya aiskrim ini, usah risau kerana rasanya sama seperti aiskrim yang lain cuma warnanya sahaja yang berbeza.

Ia turut mengingatkan kami tentang charcoal bun sewaktu mula diperkenalkan dan ramai yang mengatakan ia adalah mengarut tetapi kini kehadiran charcoal bun telah diterima umum.

Para pelanggan di kedai ini juga boleh memilih perasa lain untuk dipadankan dengan almond charcoal ice cream ini dan ramai berpendapat rasanya lebih enak berbanding biasa.

 

Sebelum ini turut ada kedai aiskrim lain di Amerika Syarikat yang memperkenalkan aiskrim berwarna hitam ini iaitu kedai Morgenstern yang terletak di New York dengan black Coconut Ash ice cream mereka.

Gambar: Buzzfeed

Kedua-dua aiskrim ini mempunyai persamaan yang akan membuatkan gigi anda akan menjadi sedikit kehitaman selepas memakannya. Jadi jangan lupa berus gigi selepas makan aiskrim ini tapi kalau tak nak gosok pun tak jadi masalah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Ais Krim Goreng, Malas Pun Boleh Siap