Ini Lokasi Anda Boleh Dapatkan Kopi Kon Aiskrim

0
543

Trend air Unicorn Frappucino, kopi avokado serta kopi durian telah lama berlalu. Kini muncul pula trend terbaru iaitu kopi kon aiskrim yang kelihatan menarik serta berwarna-warni.

BACA: Inilah Dia Iklan Aiskrim Indonesia Yang Viral Satu Dunia

Sumber dari girltweetsworld.com

Kopi kon aiskrim comel ini menjadi popular dan berasal dari sebuah kafe di Tokyo, Jepun. Aroma kopi yang lembut menusuk hidung sambil dituang ke dalam kon aiskrim yang dihiasi coklat dan pelbagai topping yang berwarna-warni.

Walaupun terdapat beberapa kafe di negara-negara lain telah menjual kopi kon aiskrim, namun kafe pertama yang menjual kopi kon aiskrim ini terletak di Jepun.

Coffee Cone adalah sebuah kafe di Tokyo yang bukan sahaja menyajikan kopi kon aiskrim, tetapi turut menyajikan green tea latte jika anda bukan penggemar kopi.

A post shared by n! (@niiiinyanchu) on

Barista kafe tersebut akan membuat latte art pada setiap kopi dan teh hijau kon aiskrim yang bakal membuatkan anda ingin mengambil gambar kenangan sebelum menghabiskannya.

Sekarang anda mempunyai alasan yang kukuh untuk melancong ke Jepun dengan rakan-rakan demi mencari kopi kon aiskrim yang comel ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Green Tea Anis Coffee Memang Mengancam!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here