Ini Punca Harga Gula Naik 11 Sen

0
9175
Gambar: The Star

Beberapa hari yang lalu para pengguna terkejut dengan kenaikan harga gula iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram yang mana kenaikannya sebanyak 11 sen.

BACA: Menteri: Gula Kekal RM2.85 Sekilogram

Menerusi ruangan Dari Media Cina, Sinar Harian memetik laporan Oriental Daily yang melaporkan kenaikan harga gula ini kerana peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa selain itu nilai ringgit yang semakin merosot juga membuatkan pengeluar gula tempatan terpaksa menanggung kos yang semakin bertambah.

Daripada laporan itu juga mengatakan ada orang ramai yang mengadu kepada ADUN Bahau, Chew Seh Yong tentang kenaikan gula yang mengejut ini.

Kenaikan itu juga telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan, akhirnya memang disahkan pihak kerajaan telah setuju dengan kenaikan 11 sen sekilogram ini. Beberapa peniaga telah menjual dengan harga terbaru ini, manakala ada pekedai runcit hanya akan naikkan harga selepas pengumuman dibuat kerajaan.

“Apa yang lebih mengecewakan kita ialah kenapa kerajaan tidak telus dalam mengendalikan harga runcit gula ini. Kerajaan terpaksa meluluskannya secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada orang ramai.

“Apabila berlaku keadaan seperti ini, sudah tentu akan menyebabkan pengguna rasa kurang senang hati malahan akan menyebabkan pasaran berada dalam kedudukan keliru,” katanya.

Baginya kerajaan tidak sepatutnya meluluskan kenaikan harga gula buat masa ini kerana ia akan membebankan lagi kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Asam Pedas Ikan Jenahak di Mimpi Muor