Ini Sebab Ada Kaca Akan Lindungi Menara Eiffel

0
12253

Pernah mengalami kejadian pengeboman daripada pengganas satu pelan perlindungan tambahan daripada serangan pengganas telah dibina dan salah satu perancangannya adalah membina tembok kaca kalis peluru yang mengelilingi Menara Eiffel yang terletak di Bandar Paris.

BACA: Tangga Eiffel Tower Bernilai Jutaan Ringgit

Perancangan itu dipetik daripada sumber di pejabat Datuk Bandar Paris, semalam yang mana ketika ini satu pagar besi perlindungan telah dibina di menara yang menarik tujuh juta pelancong setiap tahun itu.

Pagar besi itu dibina sementara ketika kejohanan Piala Eropah pada tahun 2016 kerana untuk mengelakkan kejadian seperti yang berlaku pada tahun 2015.

Gambar: The Sun UK

Kejadian yang berlaku pada November 2015 itu telah meragut 130 nyawa apabila Perancis digegarkan dengan serangan pengganas yang mengebom dan melakukan penembakan di bandar raya itu.

Sekiranya diluluskan, tembok kaca kalis peluru tersebut akan dibina setinggi dua meter setengah dan mengelilingi menara yang terkenal dengan suasana romantiknya itu.

Manakala menurut pengawai bandar raya, Jean-Francois Martins, matlamat pembinaan tembok kaca itu adalah utuk memperbaiki pemandangan, menyediakan akses yang lebih mudah dan memberikan perlindungan yang lebih kukuh kepada pelawat dan kakitangan.

Dianggarkan kos pembinaaan struktur itu menelan belanja sekitar 20 juta euro (RM94).

VIDEO: Makan-Makan: Berjimat Dengan RM10 Di Pasar Malam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram