Ini Sebab Coke Di McD Lain Dari Yang Lain

0
24351

Pada yang mengemari makanan segera terutamanya di McDonald’s pasti menyedari rasa air Coca Cola yang berbeza di restoran McDonald’s dengan air Coca Cola yang daripada botol ataupun tin.

BACA: Mat Dan Dah Nikah Dengan Gadis Tempatan?

Minuman Coca Cola juga seakan satu gandingan yang wajib apabila makan di McDonald’s dengan rasanya yang manis berkarbonat dan suhunya yang sejuk memang sesuai dengan pilihan burger dan kentang goreng yang ada di sana.

Namun begitu tidak ramai yang mengetahui apakah yang membezakan Coca Cola di McDonald’s dengan yang lain, oleh itu kami kongsikan beberapa fakta menarik berkenaan ini.

1. Coca Cola di McDonalds dihantar mengunakan bekas stainless steel.


Penggunaan bekas jenis ini dikatakan dapat memastikan rasa air yang lebih segar berbanding pesaing yang lain.

2. Sistem penapisan air yang dijamin segar.


Sebenarnya Coca Cola di McDonalds dibancuh ketika di restoran tersebut dan menggunakan air yang ditapis segar kerana ia turut mempengaruhi rasa.

3. Sistem suhu yang konsisten.


Di McDonald’s juga terdapat satu sistem suhu daripada peti ais kepada mesin pembuat air. Suhunya sentiasa dikawal bagi memastikan rasa air tidak berubah.

4. Pati Coca Cola disejukkan terlebih dahulu.


Sebelum membancuh air Coca Cola di restoran, pati coca cola yang digunakan akan disejukkan kepada satu suhu tertentu terlebih dahulu.

5. Saiz straw yang besar


Sekiranya anda menyedari, saiz straw di McDonald’s adalah sedikit besar berbanding restoran makanan segera yang lain. Ini kerana setiap sedutan coca cola akan meransang deria rasa anda.

VIDEO: Mampu Tak Kami Habiskan Patin Besar Lengan? 😭 😭 😭

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram