Ini Sebab Kenapa Budak Ini Makan Cacing Hidup Hidup

0
46787

Beberapa hari lalu heboh diperkatakan satu video yang menunjukkan seorang wanita menyuapkan cacing ke dalam mulut seorang kanak-kanak. Dikatakan wanita tersebut merupakan pembantu rumah dan tindakannya itu seolah-olah sedang mendera kanak-kanak tersebut.

BACA: 11 Lokasi Cantik Di Lombok Buat Anda Tak Mahu Balik Malaysia

Ramai juga yang memberikan respon marah berkenaan video tersebut namun sebenarnya ia ada kaitan dengan satu pesta yang diraikan oleh masyarakat Lombok iaitu Pesta Bau Nyale.

Pesta Bau Nyale tahunan disambut setiap tahun oleh masyarakat Sasek di Kabupaten Lombok Tengah itu membawa maksud ‘menangkap’ manakala Nyale itu pula bermaksud cacing laut.

Pesta Bau Nyale pada tahun ini disambut pada tahun 16 hingga 17 Februari yang lalu kerana cacing ‘Nyale’ itu muncul setahun sekali di pesisir selatan pulau Lombok.

Mengikut tradisi cacing Nyale ditangkap itu akan dimakan hidup-hidup ataupun dimasak menjadi lauk pauk bahkan ada juga dijadikan ubat untuk beberapa jenis penyakit.

Sejarah pesta ini ada kaitan dengan lagenda Putri Mandalika, iaitu puteri raja Lombok yang terlalu cantik sehingga menjadi rebutan para putera raja.

Namun begitu oleh kerana hampir terjadinya pertumpahan darah kerana merebutkan dirinya, Putri Mandalika memutuskan untuk tidak menerima sebarang lamaran dan mengorbankan dirinya ke dalam laut dan ditelan oleh gelombang ombak yang kuat.

Pesta Bau Nyale ini juga antara tarikan pelancongan di Lombok dan setiap tahun mendapat tumpuan ramai orang kerana keunikannya.

Kami kongsikan juga laporan berita mengenai pesta yang unik ini.

VIDEO: Ini Sebab Kenapa Kami Tidak Mahu Balik Dari Lombok

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram