Ini Sebab Peniaga Shell Out Kena Tukar Nama

0
63640
Gambar: Tripadvisor

Boleh dikatakan merata-rata tempat di Malaysia mempunyai kedai atau restoran yang menyajikan hidangan makanan laut yang dimakan secara lambak di atas meja atau lebih dikenali sebagai shell out.

BACA: Dari Burger Tepi Jalan Kini Buka Kafe Hipster

Namun begitu adalah anda tahu perkataan ‘Shell Out’ telah pun didaftarkan sebagai Trademark oleh Yap Hong Liang dan telah diluluskan oleh MyIPO pada 18 Disember yang lalu.

Mengikut undang-undang, pemilik trademark ini mempunyai hak ekslusif terhadap nama yang telah didaftarkan ini.

Jadi bagi pihak lain yang ingin mengunakan trademark tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik atau pemilik berhak menghalang penggunaan trademark tersebut.

Malah mengikut perkongsian oleh faizalpatent.com, tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya terdapat perlanggaran penggunaan trademark.

Gambar: shellout.com.my

Jadi dalam kes ini, para pengusaha restoran dan peniaga yang lain tidak lagi boleh menggunakan perkataan ‘Shell out’ jika tidak mendapat kebenaran daripada pemiliknya.

Apakah jenis trademark

Bagi pengetahuan anda terdapat dua jenis trademark yang didaftarkan untuk ‘Shell Out’ ini, iaitu berbentuk logo dan verbal.

Gambar: faizalpatent.com

Dalam hal Shell Out ini, undang-undang melindungi rupa logo Shell Out walaupun diubah ejaan, warna dan susun letaknya.

Manakala, cara sebutan atau verbal turut melindungi penggunaan perkataan Shell Out. Jika anda mengubah ejaannya kepada shellout, Shel Aut atau sebagainya namun jika bunyinya masih sama ia tetap tertakluk kepada akta trademark.

Gambar: faizalpatent.com

Pada 14 April 2017, pemilik trademark ‘Shell Out’ telah mengeluarkan notis amaran di akhbar tentang halangan trademark tersebut menjadi perkataan umum.

Gambar: faizalpatent.com

Oleh itu bagi anda pengusaha makanan berkonsep Shell Out perlulah mengubah nama menu tersebut jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang oleh pemilik trademark Shell out ini.

VIDEO: Best ke makan di Shell Out ni?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram