Ini Sebab Roti Canai Jang Hobin Berharga 50 Sen

0
4179
Gambar: NST

Atas sebab skuad bola sepak Jang berjaya mara ke separuh akhir Piala FA 2017, seorang peniaga mengambil kesempatan menjual roti canai buatannya dengan hanya harga 50 sen.

BACA: Adik Thaqif Luah Perasaan Dalam Buku Latihan

Roti canai berwarna warni mengikut warna bendera Negeri Sembilan itu dikenali sebagai ‘roti canai Jang Hobin’ dijual di restoran CR Khan Enterprise, Bandar Seri Jempol.

Pemiliknya, Salinah Asarullah Khan 34 berkata dia mendapat idea tersebut selepas menonton pelawanan bola sepak tersebut dan dia menyediakan 100 keping roti canai yang dijual bermula jam 10 pagi semalam..

“Pada awalnya terdetik, jika pasukan Jang dapat mara ke peringkat separuh akhir, saya akan tawarkan roti canai separuh harga dari RM1 kepada 50 sen dengan bertemakan warna bendera Negeri Sembilan.

“Usaha ini juga sebagai memberi sokongan terhadap pasukan ini supaya mereka lebih bersemangat untuk terus mencatat kemenangan sehingga akhir perlawanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Gambar: Kosmo!

Salinah turut berjanji jika pasukan Jang berjaya ke peringkat akhir, restorannya akan menyediakan 100 keping roti canai Jang Hobin secara percuma.

Dia yang merupakan anak sulung telah mengambil alih perniagaan keluarganya itu sejak setahun yang lalu dan masih mengekalkan resepi pembuatan roti canai yang sama seperti sebelumnya.

Skuad Hoben Jang Hoben akan bertemu dengan pasukan Pahang ataupun Johor Darul Ta’zim yang akan bersaing pada Ahad ini.

VIDEO: Tony Roma’s Belanja Kami Makan Malam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram