Ini Sebabnya Anda Hilang Selera Bila Putus Cinta

0
352

Orang kata tanda untuk tahu seseorang itu sudah jatuh cinta adalah apabila makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Bagaimana pula apabila seseorang itu putus cinta?

BACA: 5 Makanan Buat Anda Lagi Bad Mood

Kebiasaannya seseorang yang sedang mengalami kekecewaan kerana putus cinta ataupun perkara lain dalam hidupnya akan hilang selera untuk makan dan kelihatan tidak gembira.

Hilang selera untuk makan ketika kecewa terjadi kerana stress jangka pendek yang dialami seseorang itu. Manakala jika sedang mengalami stress untuk jangka masa yang lama akan mengakibatkan seseorang itu makan secara berlebihan.

Profesor psikologi daripada University of California San Francisco, Mary Dallman, yang dipetik dari HuffPost berkata, apabila seseorang sedang mengalami keadaan yang meruncing, otaknya akan menghasilkan sejenis hormon dan kelenjar pula akan merembeskan adrenaline yang membuatkan badan mampu bertahan walaupun lapar.

Keadaan itu sering berlaku kepada mereka yang berasa terancam tentang keselamatan ataupun antara hidup dan mati.

Namun begitu berlainan bagi mereka yang menghadapi stress dalam kadar yang rendah, yang mana otak seseorang itu akan mengeluarkan cortisol, sejenis horman yang mengakibatkan selera makan seseorang meningkat.

Akan tetapi ada yang berpendapat makanan tidak sepatutnya dijadikan penyelesaian apabila berlaku sesuatu masalah.

Menurut Harvard Mental Health Letter mencadangkan beberapa untuk mengatasi rasa kekecewaan seperti bersenam, mempunyai sokongan sosial masyarakat, ataupun mengambil ubat-ubatan yang mampu meredakan stress.

Perkara yang penting sekali yang perlu diketahui oleh mereka yang mengalami sterss untuk berjumpa dengan pakar terapi untuk bercerita dan mendapatkan cadangan kepada jalan penyelesaian.

VIDEO: Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?