Ini Sebabnya Wanita Tekap Mukanya Dengan Roti

0
8689

Roti yang sedap kebiasaannya mempunyai aroma yang membuka selera dan mempunyai tekstur yang gebu serta memang memberikan godaan kepada nafsu makan.

BACA: Kopi Najis Gajah Makin Laku, RM133 Secawan

Oleh kerana tertarik dengan aroma dan tekstur roti yang gebu, seorang gadis di laman sosial media telah mencetuskan satu kegilaan terbaru dengan menekapkan mukanya kepada roti yang dibakar segar.

A post shared by Bread Face (@breadfaceblog) on

Menggunakan nama Breadfaceblog, gadis yang menyembunyikan identitinya itu aktif memuatnaik aksi menekap mukanya dengan pelbagai jenis roti di akaun Instagramnya.

Pada permulaannya, gadis tersebut hanya berpakaian biasa seperti hari-hari normal, namun setelah mendapat pengikutnya yang tersendiri gadis tersebut mula berpakaian mengikut tema yang ditetapkan sendiri.

A post shared by Bread Face (@breadfaceblog) on

Daripada pengamatan kami, gadis itu bukan sahaja menekapkan wajahnya pada roti bahkan juga kepada pastri seperti croissant, puff serta kek.

Aksi yang ditunjukkan gadis tersebut memang menunjukkan dia sangat menikmati aroma dan mencintai rasa roti yang enak.

A post shared by Bread Face (@breadfaceblog) on

Mungkin ini juga caranya untuk menunjukkan betapa dia menghargai makanan terutamanya roti dan pastri.

VIDEO: Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram