Ini Ukuran Cabin Baggage Yang Lepas Naik AirAsia

0
24456

Awal minggu ini kecoh di laman media sosial mengenai penguatkuasaan berat beg yang boleh dibawa sebagai cabin baggage ketika menaiki penerbangan AirAsia.

BACA: Dukung Anak 2 Kilometer Demi Susu

Sejak dari awal lagi berat beg yang boleh dibawa hanyalah 7 kilogram namun pada pengalaman kami, krew AirAsia akan bertolak ansur sekiranya berat tersebut berlebihan bagi penerbangan domestik.

Oleh itu ada sesetengah penumpang yang membawa beg kembara yang bersaiz besar sebagai cabin baggage bagi mengelakkan membayar caj bagasi.


Menurut AirAsia, para penumpang boleh menimbang dan mengukur beg mereka sebelum menaiki kapal terbang.

Oleh itu AirAsia ada mengeluarkan makluman saiz yang dibenarkan untuk cabin baggage iaitu hanya satu beg sahaja boleh dibawa dan ukurannya adalah tinggi 56 sentimeter dan lebar sebanyak 36 sentimeter (seperti di dalam gambar).

Selain itu para penumpang juga dibenarkan membawa satu beg tambahan seperti beg laptop, beg tangan, beg sandang atau beg kecil yang tidak melebihi 40 sentimeter x 30 sentimeter x 10 sentimeter dan muat untuk diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan.

Selain itu, AirAsia turut mengalakkan para penumpang menempah lebih awal bagasi yang hendak didaftar masuk bagi mengelakkan kesulitan pada hari perjalanan anda.

Jadi mungkin anda yang sudah merancang untuk pergi melancong ataupun mengembara bolehlah masukkan agenda bagasi ini sebagai salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

Bagi anda yang menginginkan maklumat lanjut boleh dapatkan daripada laman web AirAsia ini.

VIDEO:Jjimdak, Bulgogi & Bibimbap HALAL Di Korea | Day 03

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram