Legasi perniagaan yang dimiliki oleh sebuah keluarga di Arab Saudi nyata masih releven dan kukuh sehingga hari ini adalah berdasarkan dari prinsip mereka yang mementingkan kakitangan bawahan kerana mereka percaya orang bawahan yang mampu menggerakkan operasi syarikat yang tertubuh daripada syarikat induk, Haji Abdullah Alireza Company.

BACA: 7 Gambar Mekah, Madinah Yang Cukup Tenang Untuk Tatapan Anda

Sumber dari hmetro.com.my

“Kami umpama ‘icing’ yang ada pada bahagian atas, bahagian yang paling utama adalah kek itu sendiri,” kata Sheikh Abdullah Alireza, Pengerusi Reza Group. Syarikat Reza Group ditubuhkan pada tahun 1972 telah mempunyai 20 anak syarikat dari 9 bidang perniagaan berbeza seperti makanan dan pertanian.

Sumber dari hmetro.com.my

Anak syarikat Reza Group, Reza Food Services Co Ltd (RFS) mendapat hak esklusif memiliki serta mengendalikan 102 rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di beberapa bahagian tanah Arab sejak tahun 1994.

Sebanyak 23 restoran makanan segera itu di tanah suci Makkah dan Madinah malah berhampiran dengan Masjidil Haram.

Sumber dari hmetro.com.my

“Kejayaan yang kami sekeluarga kecapi termasuk mengendalikan McDonald’s bersandarkan kepada ajaran yang diterapkan sejak kecil iaitu percaya kepada Allah SWT. Adakah setiap keputusan yang dibuat diberkati Allah SWT atau tidak? Sekiranya ya, kami mengikut aturannya dan percayalah, ini adalah polisi terbaik supaya akan datang kita lebih dihormati,” ujarnya.

Kini, RFS maju setapak ke hadapan apabila memegang Lesen Pembangunan (DL) bagi pasaran Malaysia serta Singapura melalui Lionhorn Pte Ltd sejak 1 Disember 2016 lalu.

Sumber dari hmetro.com.my

Perjanjian itu berjaya diselesaikan dalam masa enam bulan sahaja, kata Abdulrahman Alireza, Pengurus Besar RFS. Tempoh singkat bagi mendapat kelulusan perjanjian itu disebabkan oleh mereka mempunyai rakan kongsi tempatan yang terbaik iaitu Azmir Jaafar.

Semua restoran McDonald’s di ketiga-tiga negara tersebut dimiliki oleh syarikat mereka sepenuhnya tanpa sebarang campur tangan pihak luar. Malah, McDonald’s (Corporation) tidak mempunyai ekuiti, kepentingan dan wang (pelaburan) dalam perniagaan ini, tambah Abdulrahman.

Sumber dari hmetro.com.my

Jadi, anda tidak perlu risau untuk makan McDonald’s selepas mengetahui pemilik sebenar restoran rangkaian makanan segera popular ini kerana pemiliknya berasal dari Arab Saudi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak