Isteri Dibelasah Suami Kerana Minta Beli Air

0
431
Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana meminta si suami membei minuman, sepasang suami isteri telah bertengkar di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

BACA: AirAsia Dianugerah Strategi Pembayaran Terbaik

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi kelmarin bermula dengan pertengkaran yang mana lelaki tersebut dilihat memaki hamun dan juga mencekik leher isterinya selama beberapa minit.

Menurut laporan The Malay Mail, kejadian itu berpunca apabila waniter berusia 30 tahun itu meminta suaminya membelikan air untuk diminum.

Lokasi tempat kejadian

“Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut menumbuk kepala dan membelasah isterinya, malah tidak mempedulikan rayuan wanita itu yang menahan kesakitan.

“Malah lelaki itu yang bagaikan dirasuk turut mengugut memukulkan sehingga mati menyebabkan mangsa yang ketakutan merayu agar tidak diapa-apakan,” menurut sumber yang tidak mahu diketahui identitinya.

Tambahnya lelaki itu beredar dari tempat kejadian setelah puas membelasah isterinya itu tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami.

Pihak polis juga telah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan sedang menjalankan siasatan.

VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram