Terlalu banyak perkara-perkara tidak sahih menjadi tular sejak kebelakangan ini termasuklah mengenai isu air minuman berkarbonat Fanta yang dikatakan tidak halal.

BACA: 7-Eleven Indonesia Bakal Tutup Operasi

Sumber dari sinarharian.com.my

Minuman berkarbonat itu dikatakan mengandungi bahan karsinogenik (E211, E224) atau lemak babi. Gambar yang tersebar itu juga turut meminta orang Islam supaya menyebarkannya kepada orang ramai sebelum memadam gambar tersebut.

Sumber dari imgur.com

Ternyata orang ramai panik seketika sehinggalah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberitahu bahawa minuman jenama Fanta itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kenyataan dikeluarkan oleh pihak Jakim di laman sosial Facebook tetapi orang ramai boleh layari laman web mereka, www.halal.gov.my untuk maklumat lanjut.

Jika anda ingin berkongsi sesuatu maklumat, seeloknya anda mencari sumber yang sahih sebelum menyebarkannya kepada orang ramai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Macam Makan Bunga Ros”