Jangan Lupa Ke Kampung Pelangi Jika Ke Indonesia!

0
2965

Di Malaysia apabila sebut berkenaan kampung pasti kita akan terbayang suasana rumah kayu, persekitaran yang penuh dengan pokok dan terasa kedamaian apabila berada di sana serta pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat.

BACA: Sampah Seberat 4 Tan Terkumpul Di Gunung Everest

Bagitu juga sebuah kampung yang berada di Indonesia yang diberi nama baharu iaitu Kampung Pelangi yang terletak di Selatan Semarang.

 

A post shared by Aku Vita (@hervita_aja) on

Sebelum ini kampung tersebut dikenali sebagai Kampung Wonosari namun selepas 232 buah rumah di sana dicat dengan pelbagai warna ceria nama kampung tersebut telah ditukarkan.

Sememangnya kampung ini wajib dilawati bagi anda yang gemar merakan foto dan sangat Instagram value kerana pelbagai wall artwork (hiasan mural) yang ada di sekitar kampung ini.

 

Projek ini sebenarnya diilhamkan dari sebuah kampung lain iaitu Kampung Kali Code, Yogjakarta dan Kampung Tridi di Malang yang terkenal dengan kemeriahan warna rumah-rumah disana.

Lebih kurang RM90,000 telah dibelanjakan untuk proses pengubahsuaian dan ia merupakan kampung terbesar yang terlibat dalam proses mencantikkan kampung ini.

 

“Saya berharap Kampung Pelangi akan menjadi sebuah kampung terbesar yang ceria dan penuh warna di Indonesia,” ujar Slamet Widodo selaku pengetua sekolah di kampung tersebut.

Jadi bagi anda yang berkesempatan ke Indonesia bolehlah masukkan lokasi kampung ini sebagai tempat untuk dilawati dan bergambar sepuasnya.

VIDEO: Ape Dan Tahu Sumedang Yang Lazat | Day 2 In Jakarta

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram