Jangan Panaskan 7 Makanan Ini Dalam Microwave

0
17093

Kebiasaannya makanan berlebihan yang disimpan di dalam peti ais akan anda panaskan menggunakan microwave kerana cara tersebut lebih menjimatkan masa berbanding menggunakan dapur gas.

BACA: Cara Simpan Lebihan Makanan Dalam Peti Ais

Akan tetapi adakah anda tahu ada beberapa makanan yang tak sepatutnya anda panaskan di dalam microwave ataupun menggunakan dapur biasa kerana akan berlaku perubahan rasa dan tindak balas kimia yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Jadi kami kongsikan tujuh jenis makanan yang tak sepatutnya anda panaskan.

1. Celery


Batang celery memang enak bila dimasukkan di dalam sup dan mempunyai pelbagai khasiat. Namun, sekiranya anda telah menyimpannya di dalam peti ais dan memanaskannya semula ia boleh menyebabkan tindak balas kimia. Lagipun sup celery yang sejuk juga masih sedap.

2. Telur


Kalau boleh elakkan anda memanaskan semula masakan telur yang telah dimasak kerana ia boleh menjadi toksik. Sekiranya ada lebihan telur rebus atau goreng jadikan ia sebagai salad atau bahan sandwich anda.

3. Bayam


Ramai mengetahui khasiat bayam yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Namun ia sama seperti celery, kerana di dalam bayam terdapat nitrates dan akan berubah menjadi nitrosamines selepas dipanaskan semula.

4. Cendawan


Baki cendawan yang disimpan di dalam peti ais seeloknya digunakan di dalam salad ataupun sos pasta anda. Sekiranya anda memanaskannya semula ia akan mengubah rasa cendawan itu.

5. Kentang


Kentang juga akan berubah daripada segi rasa dan hilang khasiatnya apabila dipanaskan semula. Seeloknya anda habiskan segera kentang putar ataupun ketang goreng selepas ia dimasak.

6. Ayam


Masakan ayam yang dipanaskan semula akan mengubah kadar protein di dalam ayam dan ia akan mengakibatkan masalah pencernaan.

7. Nasi


Nasi adalah satu hidangan yang kaya dengan vitamin, mineral dan juga amino asid. Namun bakteria juga senang hidup di dalam nasi apabila ia sejuk. Jadi seeloknya ada nasi berlebihan, anda tidak perlu menyimpannya di dalam peti ais.

VIDEO: Makan-Makan: Ayam Crispy Acik Lan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram