Jauhi 5 Jenis Makanan Ini Ketika Lapar

0
13253

Anda pasti akan merasa kurang selesa apabila berada dalam keadaan lapar. Mood yang gembira pasti bertukar menjadi marah ditambah pula dengan kerja yang berlambak dan memerlukan masa untuk dihabiskan.

BACA: Mahu Hilangkan Lemak? Jom Cuba Cara Ini

Bagi mereka yang mengamalkan diet sihat, kelaparan tidak sepatutnya dibiarkan kerana ia akan meningkatkan nafsu makan dan seterusnya menggagalkan proses diet.

Jika sudah terlalu lapar, anda mungkin tidak kisah mengambil apa sahaja makanan yang ada berdekatan dengan anda. Namun, tahukah anda terdapat beberapa makanan yang perlu dijauhi ketika lapar?

1. Kerepek kentang

Sumber dari healthyrambles.blogspot.my

Memakan kerepek kentang segera sebenarnya tidak memberikan kekenyangan buat perut anda sebaliknya bersifat sementara. Anda sebenarnya telah membuat perut lebih lapar sekiranya mengambil makanan ini.

2. Jus oren

Sumber dari infoprodukcoway

Minuman jenis ini sebenarnya akan meningkatkan kadar gula darah anda, sekaligus hanya memberikan kepuasan sementara kepada perut. Rasa lapar akan meningkat lebih cepat selepas anda meminum jus sebegini.

3. Makanan pedas

Sumber dari hellosehat.com

Jangan sesekali makan makanan pedas saat perut anda lapar kerana ia akan menyebabkan gangguan kepada sistem pencernaan. Kajian juga menyebut ia boleh membawa kepada kecederaan di bahagian perut dan usus.

4. Kopi

Sumber dari gayokopi.com

Bagi penggemar kopi tegar, ini mungkin sedikit mengecewakan. Kopi perlu dijauhi saat anda lapar kerana ia boleh meningkatkan keradangan kepada perut dan menghasilkan lebih banyak asid.

5. Air berkarbonat

Sumber dari pucukubi.com

Salah satu kebiasaan yang sering dilakukan jika lapar ialah meminum minuman berkarbonat sementara menunggu kerja habis dilakukan. Sebenarnya minuman jenis ini mengandungi pemanis buatan dan langsung tidak mengenyangkan anda.

Jadi, jangan zalimi perut anda dengan mengambil makanan sebegini. Sebaiknya makanlah makanan yang sihat dan mengenyangkan demi menjamin kesihatan berpanjangan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Rangup Betul Pizza Onion Ring Yang Kami Buat