Jeddah Tower Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Dunia

2
23136

Bangunan ikonik Emiriah Arab Bersatu, Burj Khalifa, yang kini merupakan bangunan tertinggi di dunia akan kehilangan gelaran ini apabila Arab Saudi berjaya menyiapkan Jeddah Tower nanti.

Jeddah Tower yang sebelum ini dikenali sebagai Kingdom Tower terdiri dari 200 aras dan menghadap Laut Merah. Menurut Saudi Gazette, bangunan ini bakal memerlukan 5.7 juta kaki padu konkrit dan 80,000 tan besi.

BACA: Ada Kisah Menarik Di Sebalik Kawasan Cantik Ini

Projek yang bakal menelan belanja USD1.23 billion itu dilihat akan menjadi realiti apabila Jeddah Economic Company dan firma Arab Saudi, Alinma Investments telah menandatangani perjanjian pembiayaan bernilai USD2.2 bilion pada 29 November yang lalu untuk membina Jeddah City, termasuklah pencakar langit tersebut.

Jeddah Tower kini dalam pembikinan dan dijangka siap pada tahun 2020.
Jeddah Tower kini dalam pembikinan dan dijangka siap pada tahun 2020.

“Melalui perjanjian ini, kami sudah mencapai tahap baharu dalam bidang pembangunan hartanah dan juga memenuhi matlamat syarikat ini untuk mencipta pusat bandar bertaraf dunia yang menawarkan gaya hidup terkini, supaya Jeddah mempunyai ikon baharu yang mampu menarik perhatian segenap lapisan masyarakat melalui pelbagai perkhidmatan dan kemudahan,” jelas Mounib Hammoud, Ketua Pegawai Eksekutif Jeddah Economic Company.

Ciri Seni Bina

Membina bangunan setinggi itu di kawasan pesisir pantai yang melibatkan pengaruh air masin bukannya satu tugas yang mudah. Hal ini ditangani dengan struktur asas bangunan ini yang akan dibina sedalam 200 kaki dengan ciri kalis air masin.

Proses mengangkut konkrit ke aras tinggi juga merupakan satu lagi cabaran untuk membina Jeddah Tower.

3- Jeddah Tower Bakal Jadi Bangunan Tertinggi Dunia - ROTIKAYA

Para jurutera dijangka akan menggunakan teknik yang sama dalam membina Burj Khalifa iaitu sejumlah enam juta kaki padu konkrit akan dipam secara terus ke atas pada suhu tertentu untuk memastikan konkrit itu tidak mengeras serta-merta.

Menara yang bakal berdiri setinggi satu kilometer itu dijangka selesai dibina pada tahun 2020. Sebagai perbandingan, Burj Khalifa mempunyai ketinggian 828 meter.

Jika mahu gambaran lebih jelas mengenai Jeddah Tower, jom layan video pendek dan ringkas mengenai menara ini

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.