Berniaga Di Facebok, Kuih Keria Terjual 1000 Sehari

0
2864
Gambar: Sinar Harian

Tahun lalu juga menyaksikan kuih keria yang diperbuat daripada campuran ubi keledek dan tepung ini telah menjadi satu fenomena apabila di mana-mana orang menceritakan tentang kuih keria yang disaluti dengan gula melaka.

BACA: Pengasas Starbucks: Jangan Beli Unicorn Frappucino

Nampaknya sehingga tahun ini kuih keria masih dapat mengekalkan popularitinya bila mana para pengusaha kuih muih tradisional tetap menerima tempahan dan pesanan pelanggan untuk merasai kuih ini.

Seorang pengusaha kuih muih, Norashidah Abd Majid turut berkongsi dengan melalui Facebook dia menerima tempahan kuih keria sebanyak 600 biji sehingga 1,000 biji setiap hari.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: CARI

Norashidah mempunyai kuih tersebut sendiri dengan dibantu oleh suaminya di rumah mereka Ulu Kinta, Perak.
“Kuih keria buatan saya digemari kerana tidak berminyak, rangup di luar dan lembut di dalam.

“Bukan itu sahaja, kualiti dan bahan yang saya gunakan adalah bermutu tinggi kerana saya menggunakan keledek kuning dan gula melaka yang mahal,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.

Apa yang menariknya lagi, Norashidah meletakkan harga yang berpatutan untuk sebiji kuih keria ini iaitu 50 sen sebiji atau RM1 dan bergantung kepada saiz.

Para pelanggannya turut memberikan maklum balas yang positif apabila mengulang tempahan untuk majlis minum petang ataupun jamuan makan.

Menurut seorang pelanggannya, Sharifah Nurul Ain Syaed Khadam menceritakan pertama kalinya dia menempah untuk dirinya sendiri sahaja.

“Tetapi atas permintaan kawan-kawan pejabat, saya tingkatkan tempahan sehingga 20 bungkus.

“Sebelum ini, ada juga kawan-kawan lain yang menempah kuih keria ini untuk tujuan majlis makan-makan di pejabat,” katanya ketika ditemui.

VIDEO: Buat Sendiri Kuih Keria Gula Melaka

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram