Jual Rumah Demi Pertandingan Catur

0
1459

Setiap ibu bapa mahu beri yang terbaik untuk anak-anak mereka demi menjamin masa depan yang cerah. Mereka sanggup berkorban apa saja demi anak tersayang walau apa pun yang berlaku.

Itulah yang terjadi kepada Salihin Ahmad, 45, ayah kepada peserta Pertandingan Catur Individu Sekolah Dunia 2017. Salihin menjual rumahnya yang berharga RM65,000 untuk menampung perbelanjaan dirinya dan anak-anak ke pertandingan catur peringkat dunia yang diadakan di Iasi, Romania.

BACA: Maut Ketika Makan Donat Gergasi

Sumber dari facebook Salihin Ahmad

Anaknya, Afiqah Zahra, 7 tahun, menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut manakala anak sulungnya, Nur Anisah, 17 tahun, telah kecundang di pusingan keempat kejohanan. Namun, Anisah berada di tangga ke 17 dari 26 peserta.

Afiqah Zahra pula menerima tekanan tinggi hingga dia melakukan beberapa kesilapan tetapi bangkit hingga ke pusingan kelima dan mendapat keputusan seri menentang Nasirova Lala dari Azerbaijan.

Sumber dari facebook Salihin Ahmad

Kelihatan terdapat beberapa peserta dari Malaysia iaitu Vivian, Ellie dan Zahrah selain daripada dua beradik itu. Seramai 16 peserta Malaysia yang mengikuti pertandingan ini.

Sumber dari facebook Salihin Ahmad

Afiqah Zahra ternyata mempunyai bakat luar biasa apabila mampu bertahan di tangga kedua dan pertandingan hanya berbaki 4 pusingan lagi hingga 30 April untuk peserta cilik ini bertarung habis-habisan.

Semoga Afiqah dan peserta lain berjaya mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Malaysia boleh!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Gila Chicken Balado Dekat Sini!