Kajian: 93% Orang Malaysia Tak Mampu Beli Rumah?

0
477
Gambar: The Malay Mail

Kami pasti ramai menyedari bahawa harga rumah di pasaran sekarang terlalu mahal dan ada yang tidak masuk akal bila mengenangkan harga rumah dan saiz rumah tersebut sehinggakan ada yang masih berkira-kira untuk membeli rumah.

BACA: Kajian: Tak Gemuk Pun Makan Cheese

Menerusi kajian ‘Beyond the Brick‘ yang dijalankan HSBC Holdings PLC, London telah mendapati bahawa 93 peratus rakyat Malaysia yang masih tidak mempunyai rumah sendiri akan mampu untuk membelinya dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Ini kerana dengan peningkatan projek kediaman mampu milik dan infrastruktur akan membantu menstabilkan harga hartanah sepanjang tempoh lima tahun ini.

Sekadar gambar hiasan

Hasil kajian ini adalah berdasarkan soal selidik ke atas 9,000 pemilik kediaman pemilik bukan kediaman di Australia, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Mexico, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kira-kira 10 tahun lepas, harga hartanah di Malaysia meningkat dengan drastiknya akan tetapi bermula tahun lalu harga hartanah di Malaysia agak mendatar.

“Rumah dalam sektor hartanah peringkat pertengahan, berharga di bawah RM500,000, mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan golongan muda yang mahu membeli rumah pertama mereka,” ujar Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Malaysia, Lim Eng Seong selepas mengumumkan hasil kajian.

Orang muda tiada simpanan yang cukup

Lim turut memberitahu, daripada kajian itu mendapati 75 peratus golongan muda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar wang pendahuluan rumah.

Manakala 43 peratus yang lain menunda hasrat untuk membeli rumah apabila tidak mampu membeli jenis rumah pilihan mereka.

Kajian tersebut juga menunjukkan 62 peratus golongan muda bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan bagi membeli rumah dan 41 peratus bersedia membeli kediaman yang lebih kecil.

Tips untuk orang muda membeli rumah

Gambar: Utusan

Ketika ditemui Bernama, Lim turut berkongsi beberapa langkah yang HSBC kenal pasti untuk golongan muda untuk memiliki rumah.

1. Membuat perancangan yang lebih awal seperti lokasi rumah dan harga rumah yang mampu dimiliki.

2. Apabila hendak menetapkan bajet harga rumah yang hendak dibeli ia perlulah melebihi harga rumah yang ada dipasaran kerana pelbagai belanja perlu dikeluarkan.

3. Mulakan simpanan tunai bagi wang pendahuluan rumah dan tidak memandang ringan berkenaan tersebut serta dapatkan nasihat kewangan profesional bagi perancangan kewangan yang stabil.

VIDEO: Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni! 😭 😭

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram