Kajian: Anda Patut Guna MSG Dalam Masakan

0
4500

Sering kali kita diingatkan supaya mengurangkan penggunaan monosodium glutamate (MSG) dalam penyediaan makanan kerana dikatakan ia memberikan kesan buruk terhadapnya kesihatan walaupun ia menambah perisa dalam makanan.

BACA: 10 Kedai Gula-Gula Menarik Dari Serata Dunia

Akan tetapi seorang saintis makanan, Steve Witherly mengatakan sepatutnya MSG digunakan ketika setiap kali memasak di rumah.

Witherly memberitahu Business Insider, beliau mengalakkan anak-anak untuk makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran jadi kebiasaannya dia akan menaburkan sedikit MSG untuk membuatkan sayur yang dimasak berasa enak dan dapat menarik minat anaknya untuk makan.

Beliau yang juga merupakan penulis buku Why Humans Like Junk Food, mengatakan kandungan di dalam MSG sebenarnya selamat dan tidaklah memberikan kesan buruk seperti yang disangkakan.

Bahkan Amerikan Chemical Society turut mengatakan MSG hanyalah memberikan kesan sementara kepada sesetengah orang apabila diambil ketika perut kosong tetapi ianya adalah selamat untuk majoriti orang.

MSG dikatakan mempunyai kesan buruk daripada beberapa kajian seperti yang diterbitkan pada thaun 1968 bertajuk Chinese Restaurant Syndrome yang mengatakan MSG membuatkan orang berasa sakit dan sejak itu ramai yang berpendapat MSG memang memberi kesna negatif dan tidak sihat.

Pakar permakanan turut mempunyai hipotesis, apabila menggunakan MSG di dalam makanan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan garam ketika memasak.

Kandungan di dalam MSG adalah gabungan glutamate sodium dan kebiasaannya glutamate akan dijumpai dalam makanan seperti tomato, sardin, kicap soya, keju parmesank, marmite dan juga rumpai laut kering.

Bahkan masyarakat Itali telah menggunakan keju parmesan dalam kebanyakan masakan mereka kerana ia akan memberikan rasa yang melazatkan makanan sejak 2,000 tahun yang lalu.

Jadi anda tidak seharusnya risau untuk menggunakan MSG atau bahan perasa ketika memasak akan tetapi kuantiti yang digunakan tidaklah terlalu banyak dan gunakan daya kreativiti anda dalam menggunakan bahan semulajadi untuk membuatkan masakan anda lebih terasa sedap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram