Kajian: Korek & Makan Tahi Hidung Ada Khasiatnya

0
6186

Kita pasti berasa jijik apabila melihat ada orang yang sedang mengorek hidung dan lebih menjijikkan apabila tahi hidung yang dikorek itu dimakan.

BACA: Ini Sebabnya Anda Marah Orang Makan Berbunyi

Ini kerana perlakuan itu sering digambarkan sebagai satu perkara yang mengotorkan.

Namun begitu, satu kajian telah dijalankan oleh Dr Scoot Napper dari University Of Saskatchewan berkenaan perkara ini.

Beliau yang juga merupakan profesor dalam bidang biokimia di universiti tersebut mengatakan alam semulajadi mempengaruhi manusia untuk berbuat perkara yang berbaza dan menjadi kelebihan kepada manusia untuk makan pelbagai jenis makanan.

Manakala terdapat kajian lain dari Massachusetts Institute of Technology mendapati hingus sebenarnya dapat membantu untuk mengelakkan jangkitan bakteria jahat.

Dalam masa yang sama mereka turut mempercayai hingus juga dapat mengelakkan kehadiran kaviti pada gigi seseorang.

Seorang pakar jantung dari Austria, Profesor Friedrich Bischinger turut berpendapat mereka yang mengorek hidung dan memakan adalah lebih sihat dan gembira serta mempunyai tubuh badan yang lebih sihat.

Mungkin ada sesetengah orang tidak dapat menerima perlakuan seperti itu kerana berlawanan dengan norma biasa masyarakat.

Asam Pedas Ikan Jenahak di Mimpi Muor

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram