Kajian: Minuman Diet 3 Kali Ganda Sebabkan Strok

0
373

Usah terperdaya dengan minuman diet yang mengatakan tidak mengandungi gula ataupun ‘zero calories’ kerana menurut kajian minuman sebegitu lebih membahayakan kesihatan seseorang dan boleh menyebabkan risiko strok tiga kali ganda.

BACA: 10 Kedai Gula-Gula Menarik Dari Serata Dunia

Seramai 4,400 orang dewasa telah terlibat dalam penyelidikan ini dan mendapati mereka yang mengambil minuman diet lebih berisiko untuk menhadapi penyakit strok.

Hal ini bukanlah disebabkan rasa manis atau kandungan gula di dalam minuman tersebut tetapi bahan yang biasanya terdapat dalam pemanis tiruan iaitu aspartame dan saccharine.

Dua bahan tersebut boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap salur darah dalam badan seseorang.

Selain itu, satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik Imperial College London mendapati minuman diet ini tidaklah membantu dalam penurunan berat badan.

Malah ia boleh merangsang reseptor otak dan membuatkan seseorang ketagih kepada makanan yang manis.

Penyelidik kanan Boston University School of Medicine, Matthew Pase mengatakan walaupun tiada hubungan antara strok dan minuman manis ia tidak bermaksud minuman tersebut bagus untuk kesihatan.

“Kami menyarankan orang ramai meminum lebih banyak air kosong berbanding minuman bergula atau pemanis tiruan,” ujarnya lagi.

Bagi para pelanggan perlu berhati-hati apabila membeli minuman atau makanan, menjadi kewajipan menyemak terlebih dahulu maklumat nutrisi di label pembungkus.

Ini kerana ‘no sugar added’ atau ‘sugar free’ tidak bermaksud makanan tersebut sihat dan baik untuk kesihatan.

Sememangnya tiada gula diletakkan dalam makanan tersebut namun pemanis tiruan yang digunakan lebih berbahaya.

VIDEO: Lepas Daki Bukit, Terus Pekena Ramen Pedas!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram