Kajian: Vape Lagi Selamat Dari Rokok Tembakau

0
2625

Beberapa ketika sebelum ini e-rokok atau juga dikenali sebagai vape menjadi satu trend sama ada pengguna lelaki mahupun wanita dan ia dikatakan pengganti terbaik untuk rokok biasa.

BACA: Demi Cinta, Coconut Shake Sampai Ke Korea

Perkara ini dibuktikan dengan satu laporan penyelidikan daripada University College London yang mengatakan vape lebih selamat kerana mengandungi bahan toksik yang kurang berbanding rokok biasa.

Daripada kajian itu, penyelidik mendapati mereka yang berubah daripada rokok biasa kepada vape atau terapi pengganti nikotin (NRT) selama enam bulan mengandungi tahap toksi yang lebih selamat.

“Kajian kami menambahkan bukti bahawa e-rokok dan NRT lebih selamat daripada rokok biasa dan mencadangkan risikonya rendah dalam penggunaan jangka masa panjang,” kata ketua penyelidik merangkap pakar epidemiologi dan kesihatan awam di University College London, Lion Shahab.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine itu menganalisis sampel air liur dan air kencing pengguna jangka panjang vape dan perokok tembaukau dan membandingkan kedua-dua tahap kimia dalam badan mereka.

Dalam masa yang sama Pengarah Kebangsaan Kesihatan dan kesejahteraan England, Kevin Fenton mengatakan hasil kajian ini membawa mesej jelas untuk perokok tembakau.

Ini kerana vape ternyata boleh mengurangkan masalah perokok biasa kerana pengurangan terhadap karsinogen dan tembakau.

Akan tetapi beliau turut menambah kesan baik itu akan didapati sekiranya individu tersebut berhenti merokok sepenuhnya dan bertukar kepada vape.

Ramai juga pakar kesihatan yang lain mempunyai pendapat yang mengatakan vape adalah alternatif berisiko rendah berbanding rokok biasa kerana tidak mengandungi tembakau.

Namun terdapat juga pendapat yang menyoalkan kesan jangka panjang dan khuatir ia menjadi permulaan seseorang kepada rokok.

VIDEO: Fryday – Karipap Ikea

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram