Berniaga hampir 30 tahun, sebuah restoran di Sibu tidak pernah kantoi menyajikan hidangan istimewa mereka daripada daging anjing kepada pelanggannya.

BACA: Pelancong Di Bali Risau Termakan Sate Anjing

Namun begitu petang kelmarin, satu serbuan daripada pihak polis dan pegawai Jabatan Veteriner Sibu serta Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah diadakan di restoran yang terletak di Lorong Rambutan, Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah menerusi The Malay Mail memberitahu, pemilik restoran tersebut yang berusia 54 tahun telah ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjaul daging anjing.

Lelaki tersebut juga mengaku terlibat dengan kegiatant tersebut dan akan direman untuk siasatan lanjut.

Sekadar gambar hiasan

Ketika serbuan diadakan, pihak berkuasa turut merampas dua ketul daging anjing yang dikatakan untuk bahan jualan.

Serbuan ini diadakan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies di negeri ini selepas pihak berkuasa menerima aduan awam.

Dalam masa yang sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengesahkan terdapat satu lagi kes terbaru rabies dari Kampung Ampungan, Serian dan ini menjadikan empat kes telah dicatatkan di Sarawak setakat ini.

VIDEO: DJI Spark Besar Karipap? (Control Guna Tapak Tangan? 👋🏻🔥)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram