Kaunter Pasport Tutup 8 April Ini?

0
1390

Jika anda merancang untuk bercuti pada minggu ini dan passport masih tidak diperbaharui kepada tarikh baru lagi, cepat cepat buat sebab kaunter pasport di seluruh negara bakal tutup pada 8 April ini untuk menambah baik Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS).

BACA: Malaysia Boleh! Pasport Malaysia Antara Paling Berkuasa Di Dunia

Sumber dari floranze.wordpress.com

Tetapi anda jangan risau, kaunter beroperasi seperti biasa pada hari-hari lain. Mereka hanya tutup pada tarikh yang berkenaan sahaja.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan penutupan kaunter berlaku di semua ibu pejabat imigresen, cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bermula 12 pagi sehingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan.

Penutupan ini untuk menambah baik kualiti capaian ke sistem utama JIM, kata pihak JIM kepada Bernama.

Bagi mengelakkan anda terlewat atau tak sempat untuk membuat pasport, anda boleh pergi sebelum tarikh penutupan kaunter dibuat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Siapa Hantu Pepahat, Korang Kena Sebat Habis Habisan!”