KB Burger Bakar Beri Burger Percuma Rai Mat Tere

0
446
Gambar: Sinar Harian

Bersempena dengan pembebasan Muhammad Zul Apiz Baharum atau dikenali sebagai Mat Tere, Restoran KB Burger Bakar telah mengagihkan burger percuma untuk para pelanggannya.

BACA: 26 Tahun Masih Kekal Resepi Burger Sengkuang

Burger percuma itu diagihkan pada malam kelmarin yang lalu dan pihak restoran telah memperuntukan RM13,000 untuk menjayakan program tersebut.

Facebook: KB Burger Bakar

Menurut pemilik restoran, Adni Hazimee Adnan, 27, pihaknya merancang untuk memberi burger percuma itu secara spontan selepas Mat Tere dibebaskan daripada penahanan kerana ingin meraikan kepulangan Mat Tere.

Walaupun burger tersebut diberikan percuma pihaknya masih mengekalkan saiz dan kualiti yang sama seperti yang dijual.

“Walaupun percuma, kami tetap menjaga kualiti apabila daging lembu dan ayam masih dikekalkan pada saiz sama iaitu 180 gram setiap satu,” katanya kepada Sinar Harian.

Hebahan mengenai program tersebut hanya dibuat melalaui Facebook dan mendapat sambutan yang hebat apabila seawal jam 5 petang orang ramai telah beratur untuk mendapatkan burger percuma itu.

Ketika program tersebut, Mat Tere turut hadir dan orang ramai berkerumun untuk bergambar bersamanya.

Pada waktu yang sama, Mat Tere melahirkan rasa gembira dan bertemu dengan orang ramai yang memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraannya sepanjang kes penahanannya sebelum ini.

VIDEO: Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu 😱 😱 😱