Kedai Ramen Mangkuk Besar Di Pulau Pinang Viral

0
21808
Gambar: Bernama

Kebiasaannya makanan yang terkenal dan wajib anda cuba ketika berada di Pulau Pinang adalah laksa, pasembor, mi kari, nasi kandar dan macam-macam lagi. Pendek kata Pulau Pinang memang port terbaik untuk mereka yang suka makan.

BACA: Ramen Unicorn Kini Viral Di Jepun

Baru-baru ini sebuah restoran bernama My Voice Cafe and Studio Big Bowl Ramen telah mula beroperasi di Chew Jetty, George Town, Pulau Pinang.

Gambar: Bernama

Apa yang menarik tentang restoran adalah mi ramen yang dihidangkan dalam mangkuk besar yang seberat 6.4 kilogram sehinggakan para pelanggan tertarik untuk menikmati hidangan ala Jepun itu.

Pengurus operasi restoran, Adrian Chee Tong Wai berkata kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran itu terkejut melihat mangkuk yang besar dan mereka terus singgah untuk mencuba mi ramen tersebut.

Gambar: Bernama

Mi ramen yang disediakan segar apabila dipesan itu mempunyai empat perisa yang berbeza bermula harga RM19.90 sehingga RM80 bergantung kepada pilihan pelanggan.

Manakala bagi satu saiz mangkuk mi ramen yang seberat 6.4 kilogram itu boleh dinikmati sehingga lima orang jadi bagi yang ingin mencubanya bolehlah datang bersama rakan-rakan.

Keunikan yang dibawa oleh restoran ini sememangnya satu lagi tarikan terbaru di Pulau Pinang sehinggakan ramai pelanggan sanggup menunggu untuk mencuba mi ramen di restoran berkenaan.

VIDEO: Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram