Kek Nasi Lemak Kini Terjual Lebih 1000 Biji

0
6436

Nasi lemak merupakan makanan tempatan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Kini, nasi lemak dijadikan kek untuk sambutan hari jadi. Siapa sangka nasi lemak boleh dijadikan kek dan makin diminati oleh orang ramai.

BACA: Aiskrim Nasi Lemak Terjual Lebih 100 Cawan Sehari

Sumber dari FB Tiana Kitchen

Pemilik Tiana Kitchen, Tatiana Hartono, 46, memberitahu Kosmo bahawa dia mengambil tempahan dari Facebook Page Tiana Kitchen dan menjual kek istimewa itu pada harga RM58 untuk 1.5 kilogram. Tatiana hanya membuat 15 biji kek sehari kerana perlu buat kek itu dengan teliti.

Sumber dari FB Tiana Kitchen

Kek nasi lemak itu mendapat perhatian orang ramai kerana keunikannya dan pelbagai jenis menu yang ada seperti sambal udang, sambal petai dan sambal sotong. Kini jualannya mencecah 1000 biji kek sejak beroperasi September lalu.

Idea kek nasi lemak ini adalah sangat bernas kerana ianya tidak muak dan semestinya cepat habis dimakan oleh seisi keluarga atau rakan-rakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VITDAILY ORIGINALS: Kisah Jatuh Bangun Penjual Nasi Lemak RM1