Kementerian Pantau Jualan ‘Jajan’ Luar Sekolah

0
183
Sekadar gambar hiasan

Van atau gerai yang menjual makanan ringan seperti keropok, gula-gula dan pelbagai lagi makanan yang tidak berkhasiat adalah pemandangan biasa di luar sekolah dan ia mendapat sambutan daripada para pelajar.

BACA: 38 Tahun Junjung Makanan Tanpa Tumpah

Oleh kerana itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan berkenaan penjualan makanan kategori ‘makanan dilarang’ atau makanan tidak berkhasiat di luar perkarangan sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, tindakan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan Penjabat Pendidikan Negeri.

Sekadar gambar hiasan

“Kita harus pantau dan kawal pemakanan anak-anak ini sejak dari muda lagi kerana ia melibatkan masa depan mereka selain bagi mengatasi masalah obesiti.

“Tetapi yang menjadi masalahnya ialah makanan yang dijual peniaga di luar perkarangan sekolah, bila kita sebut tentang ini orang mungkin akan marah kata kita mahu tutup periuk nasi dan sebagainya.

“Kita tidak mahu mereka makan makanan yang bukan-bukan macam minuman bergas yang mana kita telah kategorikan sebagai makanan dilarang yang pada awalnya merupakan makanan di bawah kategori ‘tidak digalakkan’. Jadi saya fikir sudah tiba masanya kita buat pemantauan dan penguatkuasaan seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menambah buat masa sekarang pemantauan dan pengawasan penjualan makanan seperti itu hanya dilakukan di kantin sekolah dan ia dalam keadaan terkawal.

Antara makana yang dikategorikan sebagai makanan terlarang adalah gula-gula, jeruk, minuman bergas, makanan yang seakan mainan seperti cincin dan belon.

VIDEO: Kisah Diet Ayam Peri & Burger Tak Muat Mulut

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram