Kena Tetak Sebab Tak Makan Biawak

0
849

Gara-gara menolak pelawaan untuk memakan hidangan daging biawak, seorang lelaki berumur 40 tahun telah mengalami kecederaan kerana ditetak di bahagian kepala.

BACA: Dukung Anak 2 Kilometer Demi Susu

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah panjang di Batu Niah, Miri, Sarawak pada jam 9 pagi semalam.

Mangsa tersebut telah ditetak oleh seorang lelaki yang turut merupakan penghuni rumah panjang tersebut menggunakan parang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Stanley Jonathan Ringgit, kejadian itu berlaku kerana mangsa menolak hidangan daging biawak yang disediakan oleh suspek.

“Suspek berang lalu menetak mangsa sebelum mangsa melarikan diri lalu membuat laporan di Balai Polis Batu Niah,” maklumnya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, suspek yang berusia 32 tahun itu telah ditahan polis pada jam 5.30 petang dan merampas sebilah parang yang digunakan bagi menetak mangsa.

Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.

VIDEO: Ya Tuhan, Mudahnya Buat Ayam Masak Thai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram