Kenali Jenis Kamera Untuk Percutian Anda

0
316

Antara persoalan yang sering menjadi kemusykilan bagi anda yang ingin pergi melancong ataupun mengembara adalah apakah kamera yang sesuai dibawa kerana semestinya anda ingin merakamkan memori sepanjang perjalanan anda.

BACA: 5 Gajet Wajib Bawa Pergi Mengembara

Setiap jenis kamera ada kegunaan dan fungsinya dan ia bergantung kepada banyak faktor seperti tempat yang anda ingin pergi, aktiviti yang hendak dilakukan ataupun dengan siapa anda akan pergi dan yang paling penting berapakah bajet yang anda letakkan untuk kamera.

Kami kongsikan beberapa info tentang jenis kamera yang boleh anda bawa ketika percutian anda.

1. Kamera point-and-shoot

Kamera jenis ini adalah sesuai untuk anda yang ingin merakamkan gambar untuk keluarga dan rakan-rakan. Antara kebaikan kamera ini adalah ia mudah untuk digunakan, boleh katakan anda tidak perlu mempunyai ilmu yang mendalam tentang fotografi untuk menggunakannya. Hanya hidupkan kamera dan tekan shutter, ia juga ringan dan harga yang sangat berpatutan.

2. Kamera bridge

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Model kamera daripada jenis ini ia hampir sama dengan kamera point and shoot dan ia bentuknya seakan-akan kamera DSLR namun lensanya tidak boleh dicabut-tukar. Kebiasaannya. Model kamera yang popular untuk jenis ini adalah Nikon CoolPix P900.

3. Kamera DSLR

Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) antara kamera yang popular dan sering menjadi pilihan orang untuk dibawa percutian. Bermula daripada jenis Entry level sehingga Pro ia menawarkan fungsi yang seakan sama dan ia memerlukan anda mengetahui sedikit sebanyak tentang teknikal. Kamera ini agak sedikit berat dan besar untuk anda bawa jadi bagi mereka yang inginkan percutian santai kami tidak menyarankan anda membawa kamera jenis ini.

4. Kamera Mirrorless

Kamera mirrorless ini mempunyai fungsi yang sama seakan DSLR tetapi ia bersaiz lebih kecil dan ringan. Kualiti gambar yang dihasilkan juga setanding dengan DSLR jadi bagi kami kamera jenis ia merupakan pilihan paling utama dalam wishlist kami. Ia juga mampu merakam video dengan kualiti Full HD dan ada model yang boleh merakam kualiti video 4K.

5. Action Camera

Pada waktu sekarang, action camera ini sering menjadi pilihan untuk para pengembara kerana ia bersaiz kecil dan tahan lasak. Jadi tidak menjadi masalah untuk dibawa ketika melakukan pelbagai aktiviti sama ada di darat ataupun ketika menyelam di dalam air. Anda boleh pilih pelbagai jenis model GoPro Hero 5 ataupun Yicam dan ia bergantung kepada bajet anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram