Kenapa Di India Ramai Cuba Makan Snek Berapi?

0
2375

Apabila bersiar-siar di kaki lima pasti ada masanya anda akan membeli kekacang ataupun makanan ringan lain sebagai snek namun bagaimana apabila anda melihat ada gerai yang jual makanan berapi dan dimasukkan ke mulut.

BACA: Kerana Selfie Ramai Rakyat India Terkorban

Fenomena snek berapi ini telah mula viral di India apabila sebuah gerai kecil di New Delhi mula menjual makanan tradisi India yang bernama paan.

Paan ini adalah snek masyarakat India yang diperbuat daripada daun sirih yang ditabur dengan pinang yang telah dikacip serta sedikit tembakau.

Lazimnya orang akan mengunyah paan ini dan meludahkan sisanya namun satu pembaharuan telah diberikan oleh gerai keluarga Pradhuman Shukla ini.

Mereka menambah sedikit gula masala, sedikit ais dan kordial minuman Rooh Afza di atas daun sirih tersebut dan bagi menambah lagi keunikannya mereka menyalakan api atas daun sirih tersebut.

Lebih menarik lagi, menurut pemilik gerai, Pradhuman, paan yang dijual ini dikatakan mampu menyembuhkan demam, selesema dan sakit tekak.

Bermula daripada seorang pelanggan tetapnya yang sedang sakit tekak dan mempunyai ulser telah diberikan paan yang dinyalakan api dan pelanggan tersebut mengunyah paan tersebut.

Selang beberapa hari lelaki tersebut datang ke gerainya dan maklumkan bahawa sakit tekak dan ulsernya telah sembuh, sejak itu paan yang dijualnya itu mula terkenal dan viral.

Mengakui terdapat risiko memakan paan berapi itu namun Pradhuman mengatakan para pelanggannya tidak menghiraukan tentang itu dan mereka menikmatinya.

VIDEO: Terjah FoodTruck: Layan Jugak CKT Kat Sini 👍🏼

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram