Kenny Rogers Kini Ada Menu Pedas Gila

0
811
Gambar: Sinar Harian

Bagi anda yang gemarkan makanan pedas pasti akan gembira dengan menu terbaru yang diperkenalkan oleh rangkaian restoran ayam panggang terkenal iaitu Kenny Roger Roasters (KRR).

BACA: Resepi Sihat Burger Ayam Panggang & Telur Masin

Menu terbaru KRR yang bernama Spicy Gilerrr itu akan berada di pasaran pada 23 Februari ini dan terhad sehingga 30 April sahaja.

Menurut pengurus acara dan jualan KRR, Kennie Thong memberitahu, menu terbaru ini diperkenalkan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan makanan pedas di restoran tersebut.

Tambahnya lagi, setiap tahun KRR akan memperkenalkan sekurang-kurangnya lima hingga enam hidangan baharu untuk para pelanggan.

“Spicy Gilerrr ini merupakan promosi menu kedua tahun ini selepas pengenalan Golden Teriyaki awal tahun yang lalu.

“Keistimewaan Spicy Gilerrr ini adalah dengan campuran pelbagai ramuan yang diperap bersama ayam,” katanya kepada Sinar Harian.

Harga bagi hidangan terbaru ini hanyalah RM19.90 bagi setiap set individu manakala bagi menu keluarga berharga RM51.50 yang didatangkan bersama enam muffin perisa kacang dan coklat pada harga RM20.50.

VIDEO: