Kerajaan: Tiada Lagi ‘Malacca’, Gunakan ‘Melaka’

0
1328

Pastinya anda menyedari perbezaan ejaan beberapa tempat atau negeri di Malaysia yang mengikuti bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris seperti ejaan negeri Melaka yang kadangkala dieja ‘Malacca’.

BACA: Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka Homemade

Oleh kerana itu kerajaan negeri Melaka telah mengambil kata putus untuk menyelaraskan ejaan negeri tersebut dengan hanya menggunakan ejaan ‘Melaka’ sama ada digunakan untuk bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Setiausaha kerajaan negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata ketika ditemui Bernama memaklumkan supaya semua akhbar dan media hanya menggunakan nama Melaka dalam setiap penulisan atau sebutan.

“Penyelarasan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama Melaka sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris,” beritahunya lagi.

Kerajaan negeri Melaka juga berharap penyelarasan nama Melaka ini diberikan kerjasama daripada semua pihak dan menggunakan ejaan ‘Melaka’ dengan betul dan tepat.

VIDEO: Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram