Kerana Beg Kertas McD, Wanita Kena Denda RM2,002

0
3093
Gambar: Getty Images

Oleh kerana perbuatan membuang sampah di atas jalan raya seorang wanita berasal daripada United Kingdom telah dikenakan denda hampir £400 (RM2,002) atas kesalahannya itu.

BACA: Ini Cara Sebenar Guna STRAW Baru McDonald’s

Katie Ritchie, 31, telah membuang beg kertas McDonald’s di atas sebatang jalan raya setelah menghabiskan makanannya dan dia dijejaki menerusi alamat rumahnya yang dicetak di atas beg kertas tersebut.

Dikatakan beg kertas tersebut dijumpai pada 17 Mei 2016 dan ia mengambil masa selama lapan bulan untuk dijadikan kes dan dibawa ke mahkamah.

Setelah itu pada 4 Januari yang lalu, Richie telah gagal hadir ke Mahkamah Majistret untuk perbicaraan dan dia jatuhkan hukuman bersalah atas sebab ketidakhadirannya itu £220 (RM1,211) serta membayar Majlis Redcar dan Cleveland kos sebanyak £175 (RM963.50).

Gambar: Getty Images

Tindakan tegas sebegitu dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai bahawa membuang sampah merata-rata adalah satu masalah yang serius.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap orang-orang yang membuang sampah merata-rata ini dan berharap kes ini merupakan amaran buat penduduk agar tidak mengulanginya,” ujar ahli Majlis dan Kabinet Redcar dan Cleveland kepada Mirror UK.

VIDEO: Random Rabu: Rahsia Telur Dadar Gebu