Kerana Nak Untung Lebih, Jual Daging Lembu Campur Babi

0
980
Gambar: Kompas

Mungkin bagi mereka yang tidak mahir tentang daging akan menyangka semua daging telah dipotong adalah sama dan tidak dinafikan ia mudah mengelirukan pelanggan.

BACA: Lelaki Terima Padah Makan Babi Tak Cukup Masak

Seorang penjual daging dan rakannya di sebuah pasar di Jenggawah, Ajung, Indonesia telah ditahan oleh pihak polis kerana menjual daging lembu yang dicampur bersama daging babi hutan.

Ketua Poli Jenggawah, Udik Budiarso ketika ditemui Kompas mengatakan, sepasukan anggota polis telah menyerbu kedai berkenaan dan menahan pemiliknya yang bernama Hasan.

Selain itu pihak polis tempatan turut menahan pembekal daging babi hutan yang dikenali sebagai Abu Nimin.

Sekadar gambar hiasan

“Kami mula menyiasat lelaki ini selepas orang ramai mengadu suspek menjual daging lembu yang harganya lebih murah berbanding peniaga lain.

“Selepas membuat risikan dan siasatan, kami berjaya menangkap pemilik kedai ini dan pembekal daging babi hutan itu,” ujarnya lagi.

Ketika serbuan dijalankan pihak polis turur merampas beberapa daging babi hutan dan daging lembu yang digantung sebagai barang kes.

Apabila ditanyakan kepada Hasan apakah tujuan dia menjual daging yang dicampur itu hanyalah kerana ingin mendapat untung yang lebih.

Tambahnya lagi sebelm ini dia turut menjual 100 peratus daging lembu namun harganya terlalu mahal untuk dibeli dan mendapatkan keuntungan jadi dia mengambil keputusan untuk mencampurkan dengan daging babi hutan kerana lebih murah.

Hmm…. Sedap Ke Tak Ana Ikan Bakar Petai? 🤔 🤔