Kerana Viral, Donut Hipster Terjual 600 Biji Sehari

0
23586
Gambar: NST

Mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama dengan donut francais terkenal dan pilihan perisa yang menepati citarasa orang ramai menjadi sebab gerai donut di Kuala Kangsar ini tiba-tiba viral.

BACA: Kerana Donut 10 Sen, Lelaki Ini Ditawar Jadi Menantu

Gerai donut yang dikendalikan pasangan suami isteri, Mohd Izwan Mohamad Nazir 36 dan Nor Nafishah Ab Hamid, 35, yang terletak di Taman Chandan Puteri telah menjadi tumpuan ramai apabila donut buatan mereka viral kerana kesedapan dan keunikan perisa yang diperkenalkan.

Mempunyai lima perisa yang berbeza iaitu strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru baru sahaja diperkenalkan pasangan suami isteri ini di gerai mereka sejak dua minggu yang lalu.

Gambar: Facebook Durian Kopi O

Bahkan Nor Nafishah sendiri tidak menyangka donut buatannya ini mampu terjual sehingga 600 biji sehari dengan harga hanya RM0.50 sebiji.

“Saya pelik kenapa orang ramai datang ke gerai sehingga ada antara mereka yang datang sebelum gerai dibuka, jualan habis antara pukul 4 dan 5 petang rupanya donat saya sudah viral dalam laman sosial,” ujar Nor Nafishah ketika ditemui Bernama.

Menggunakan kira-kira 15 kilogram tepung untuk menghasilkan 600 biji donut setiap hari Nor Nafishah akan mula mengadun dan menguli donut semenjak pukul 5 pagi.

Gambar: Facebook Durian Kopi O

Donut yang dijual pasangan suami isteri ini digelar ‘donut hipster’ kerana mempunyai pelbagai warna dan idea ini tercetus apabila Nor Nafishah dan adiknya cuba membuat donut ini.

Nor Nafishah turut memberitahu dia kini telah mempunyai pelanggan tetap yang akan membuat tempahan awal melalui telefon bagi mengelakkan donut dan beberapa kuih lain seperti cucur badak, karipap dan pisang keju habis dijual.

Gambar: Bernama

Selain itu, dia dan suami turut mengambil tempahan katering untuk majlis keraian pada hujung minggu bagi menambah pendapatan keluarganya.

Jadi bagi yang berada di Kuala Kangsar bolehlah cuba donut hipster ini sebab daripada gambar pun kami dapat rasa donut ini lembut dan menyelerakan tambah-tambah perisa durian.