Kerapu Semahal RM7,500 Berjaya Dibida Pemilik Restoran

0
800
Gambar: Harian Metro

Demi mendapatkan ikan kerabu seberat 150 kilogram, seorang pemilik restoran makanan laut di Georgetown, Pulau Pinang, sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM7,500 bagi membeli ikan gergasi tersebut daripada nelayan Pulau Kendi.

BACA: Kuala Lumpur Bandar Termurah Di Rantau Asia

Ikan kerapu yang mempunyai ketinggian 18 meter dan berat 150 kilogram itu telah ditawarkan secara tender untuk mana-mana pengusaha restoran untuk membelinya.

Oleh itu pemilik restoran, Chew Kean Chee, 45, telah membidanya dengan harga sebanyak RM7,500 dan akhirnya ikan kerabu gergasi itu dihantar ke Pasar Besar Lebih Cecil kelmarin.

Melahirkan rasa gembira, Chew menjangkakan kehadiran ikan tersebut pasti akan menarik lebih ramai pelanggan ke restoranya untuk menikmati hidangan lazat daripada ikan tersebut.

Gambar: Harian Metro

“Ikan kerapu ini akan digoreng atau dibuat sambal, sup dan sebagainya sebelum dijual pada harga serendah RM17 ke atas mengikut tempahan pelanggan sama ada secara individu atau kumpulan,” ujar Chew ketika ditemui Harian Metro.

Chew yang juga mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang pengusahaan restoran makanan laut ini berkongsi dia juga pernah membeli ikan kerabu seberat 168 kilogram dengan harga RM7,560 pada tahun 11 Februari 2012 dahulu.

VIDEO: Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram