Kereta api 100 Tahun Timbul Di Teluk Intan?

0
1802
Penduduk setempat melihat kepala kereta api yang timbul. Gambar: Utusan Malaysia

Negeri Perak dikatakan antara negeri terawal di Tanah Melayu yang mempunyai rangkaian landasan kereta api yang berfungsi untuk mengangkut hasil bijih timah ketika era British dan mengikut sejarah terdapat satu stesen kereta api di Teluk Intan.

BACA: Ini Berlaku Bila Keretapi Jadi Hutan Mini

Oleh kerana itu tidak menghairankan apabila Utusan Malaysia melaporkan terdapat kewujudan kepala kereta api di dasar Sungai Perak berhampiran Jalan Pasar, Teluk Intan.

Menurut laporan tersebut kepala kereta api itu akan kelihatan timbul apabila air Sungai Perak benar-benar surut.

Seorang peminat sejarah Badiuzzaman Ishak, 30, merasa teruja dan gembira melihat kepala kereta api yang timbul di sungai Perak itu dan dipercayai kepala kereta api itu berasal daripada Rusia serta lengkap dengan bahagian enjinnya.

Antara peninggalan operasi kereta api di Teluk Intan. Gambar: Indahrasajmalim.blogspot.my

“Saya sifatkan objek ini sebagai bahan bersejarah, khazanah negara yang perlu dikaji sejarahnya dan bagaimana boleh terbenam di dasar sungai,” katanya kepada wartawan.

Menurut penduduk setempat pula, kepala kereta api itu akan kelihatan timbul untuk beberapa kali dalam masa setahun terutamanya apabila air sungai surut.

Antara peninggalan operasi kereta api di Teluk Intan. Gambar: Indahrasajmalim.blogspot.my

Akan tetapi kepala kereta api itu dikatakan hanya akan timbul untuk beberapa minat dan dipercayi juga bahagian gerabaknya yang lain turut terbenam di dasar sungai.

Menurut masyarakat setempat, sewaktu 1930-an kawasan berdekatan sungai Perak itu merupakan laluan landasan kereta api dan dipercayai juga berlakunya hakisan dan menyebabkan landasan kereta api tenggelam dan kereta api tergelincir ke dalam Sungai Perak.

Daripada sumber yang lain pula diberitahu terdapat perancangan untuk menaikkan kepala kereta api tersebut tetapi sehingga kini belum dilaksanakan kerana bakal menelan kos yang tinggi.

Antara peninggalan operasi kereta api di Teluk Intan. Gambar: Indahrasajmalim.blogspot.my

Pada masa sekarang, bangunan Stesen Kereta api Teluk Intan telah digunakan sebagai sekolah memandu dan jambatan besi kereta api yang merintangi Kuala Sungai Bidor telah dibaik pulih dan diturap dengan tar untuk kegunaan para penunggang motosikal.

Sehingga kini bagi anda yang berkunjung ke Teluk Intan masih lagi boleh menjumpai beberapa tanda dan bekas yang menunjukkan terdapatnya operasi kereta api di Teluk Intan suatu ketika dahulu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram