KFC Buka 30 Cawangan Baru Sepanjang 2017

0
465
Gambar: Wonderful Malaysia

Apabila sebut tentang ayam goreng pasti yang terbayang di mata kita adalah ayam goreng KFC yang terkenal dengan resepi rahsianya dan rasanya memang tak pernah mengecewakan sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 1973.

BACA: Inilah Punca KFC Popular Ketika Krismas Di Jepun

Mengorak langkah lebh besar KFC Malaysia pada tahun ini menyasarkan untuk membuka 30 cawangan restoran baharu mereka di seluruh negara seperti yang dicapai oleh mereka pada tahun 2016.

Menurut Pengarah Urusan Operasinya, M Chandrasagran, 30 cawangan itu akan meliputi seluruh Malaysia dan kawasan berpotensi mendapat sambutan akan dipilih.

Chandrasagran (tiga, kiri) dan Angelina (tiga, kanan) ketika majlis pengenalan hidangan baharu KFC itu. Gambar: Sinar Harian

Ditanya berkenaan kos pembukaan setiap cawangan, Chandrasagran memberitahu kos yang akan terbabit sekitar RM1 juta sehingga 4 juta dan bergantung kepada saiz dan lokasi cawangan tersebut.

“Sehingga kini KFC Malaysia telah membuka 665 cawangan di seluruh negara dan operasinya stabil walaupun sekarang banyak restoran hipster dibuka kebelakangan ini,” ujar Chandrasagran kepada Sinar Harian ketika majlis pengenalan produk KFC terbaru iaitu Cheezy Mushroom Crunch.

Dalam masa yang sama, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC, Angelina Villanueva memberitahu KFC Malaysia turut menyasarkan pertambahan jualan sebanyak 15 peratus.

Katanya lagi menu terbaru KFC ini akan memberikan citarasa enak kepada penggemar keju dan peminat KFC.

Gambar: KFC Malaysia

“Ia tawaran masa terhad yang merupakan gabungan sempurna keju pekat berkrim bersama cendawan butang dihiris, dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy,” katanya lagi.

KFC Cheezy Mushroom Crunch adalah gabungan keju pekat berkrim bersama cendawan butang yang dihiris dan dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy. Selain itu terdapat juga Cheezy Mushroom Burger dan menu ini ditawarkan secara terhad sehingga 20 Februari ini sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram