Kilang Sembelih Ayam Kotor Dan Jijik Diserbu

0
5316
Gambar: Facebook Awani Bin Pahang

Mempunyai persekitaran yang menjijikkan dan berbau busuk cukup mengambarkan premis penyembelihan ayam di Jalan Kuantan-Segamat telah beroperasi dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak mematuhi peraturan.

BACA: 3 Tips Mudah Untuk Lembutkan Ayam Kampung

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Badaruddin Ahmad Bustami memberitahu premis tersebut dipercayai telah beroperasi sejak lapan tahun lalu tanpa lesen yang ditauliah JAIP.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan mendapati keseluruhan pekerja yang terlibat dalam proses penyembelihan tidak mempunyai sijil tauliah dan tanpa pengawasan JAIP.

Gambar: Facebook Awani Bin Pahang

“Kita pernah melakukan operasi di premis ini beberapa kali sepanjang tempoh ia beroperasi.

“Mereka ada mengemukakan permohonan kepada Jaip, namun tidak diluluskan kerana gagal melepasi ujian dan standard yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama.

Pada 1 Mac lalu JAIP sekali lagi membuat serbuan di premis berkenaan bersama tujuh pegawai setelah mendapat aduan dari orang ramai.

Ketika pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis berkenaan dalam keadaan yang teruk kerana ayam yang sudah rosak disimpan dalam bilik sejuk beku bersama ayam yang sudah disembelih.

Selain itu, alatan penyembelihan juga tidak dicuci dan diuruskan dengan baik yang boleh memberi kesan jangkitan kepada pengguna.

Gambar: Facebook Awani Bin Pahang

Ayam yang diproses premis ini dipercayai dibekalkan untuk kawasan sekitar daerah tersebut maklum Badaruddin.

“Kita menasihatkan pengguna untuk berhati-hati apabila membeli ayam di pasaran dan pastikan pembekal ayam itu memegang sijil halal supaya sembelihan adalah mengikut hukum syarak dan terjamin kebersihannya,” ujarnya memperingati pengguna.

Buat masa ini JAIP hanya boleh memberikan nasihat kepada pemilik dan pihak pengurusan premis kerana mereka bukan pemegang sijil halal dan berharap agensi terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Ya Tuhan, Mudahnya Buat Ayam Masak Thai