Kimci Rahsia Lelaki Korea Berkulit Licin

0
1841

Mempunyai kulit wajah yang licin bukan lagi hanya menjadi impian bagi wanita bahkan boleh dikatakan ramai lelaki kini juga turut mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit wajah yang licin dan berseri.

BACA: Realiti Rakyat Korea Selatan Yang Kita Tak Tahu

Antara contoh terdekat yang kita boleh lihat adalah golongan lelaki dari Korea seperti yang dikongsikan oleh selebriti tempatan yang kini sedang menempa nama di Korea Selatan iaitu Ajieb Rosdi atau nama Koreanya adalah Hyunmin A.

Menurut Hyumin golongan lelaki di Korea sangat teruja dalam menjaga kulit wajah sehingga sanggup menyediakan pelbagai jenis krim muka yang digunakan pada musim dan suhu yang berbeza.

Selain itu corak pemakanan masyarakat di sana turut memainkan peranan seperti kurangnya makanan bergoreng dan berlemak serta amalan meminum air kosong selepas makan.

“Restoran di sana jarang menawarkan air manis, sebaliknya menyediakan air masak untuk pelanggan. Lama kelamaan saya membiasakan diri minum air itu,” ujar Hyumin ketika ditemui BH PLUS.

Amalan pemakanan kimchi turut menjadi rahsia masyarakat di sana mempunyai kulit wajah yang licin kerana terdapat pelbagai khasiat kesihatan dalam hidangan kimchi.

Ini kerana kimchi yang diperbuat daripada kubis, adunan minyak ikan, minyak tiram dan bawang mempunyai kadar antioksidan yang tinggi serta berperanan melindungi sel daripada kesan bebas radikal.

Dalam masa yang sama menu makanan seperti buah-buahan dan sayuran segar turut membekalkan vitamin yang cukup bagi mengekalkan kulit wajah yang sempurna.

Hyumin turut menceritakan bahawa golongan lelaki di sana turut mengamalkan senaman bagi membentuk otot badan dan obses dengan perut yang mempunyai six pack yang digelar sebagai chocolate bar.

Tambahnya lagi, golongan artis di sana mempercayai perut yang berotot dalam membantu mereka dalam teknik bernafas dan mengeluarkan nyanyian yang lebih merdu.

VIDEO: Makanan Halal Di Korea Yang Anda Boleh Dapatkan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram