Karipap adalah satu kuih yang menjadi kegemaran ramai orang bahkan jika anda berkunjung ke bazar Ramadan pastinya ada peniaga yang menjual kuih ini sama ada panas-panas ataupun siap digoreng.

BACA: Ini Jadi Bila Makanan Dipotong Dua!

Jika sebelum ini kecoh mengenai peniaga yang menjual karipap oksigen yang hanya diletakkan sedikit inti dan selebihnya dibiarkan kosong. Ramai juga yang kecewa dengan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Namun bagaimana pula pendapat anda mengenai karipap yang berintikan sebiji bawang yang tidak dipotong sama sekali.

Seorang pengguna Twitter, @hrsf telah kongsikan sekeping gambar karipap yang berintikan sebiji bawang merah yang masih belum dikupas dan menerima banyak respon daripada pengguna Twitter yang lain.

Setakat ini gambar tersebut telah diretweets sebanyak 15,103 dan 4,239 likes serta pelbagai respon ramai mengenai gambar itu.

Ada yang mengatakan lebih sanggup mendapat karipap oksigen berbanding karipap sebiji bawang ini.

Bahkan ada juga yang membuat sangkaan ceritanya sendiri mengenai karipap ini yang tentang anak pembuat karipap itu cuba membuat karipap sendiri dan tercampur dengan karipap yang berinti kentang.

Harapnya karipap bawang sebiji ini hanyalah satu gurauan atau satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh peniaga tersebut dan pada pembeli karipap ini bawalah bersabar di bulan Ramadan yang mulia ini.

VIDEO: “Serai Ni Letak Bila?”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram