Kisah Inspirasi Mat Despatch Bantu Gelandangan

0
413

Berkongsi nikmat walaupun kecil adalah salah satu tanda kita bersyukur dengan nikmat pemberian yang Tuhan berikan kepada kita.

Walau kita kerja biasa, gaji tak besar, tapi kalau kita mampu berkongsi dan membantu orang lain memang terbaiklah!

Kami kongsikan dengan anda kisah inspirasi lelaki ini. Muhd Khairul berkongsi pengalaman mencuit hati tetapi menginsafkan di Facebook mengenai sahabat jalanannya, Ashuk.

Sumber dari Muhd Khairul

Tak nak gunting rambut

Menurut Khairul, dia menghabiskan masa rehatnya dengan menemani Ashuk menggunting rambut. Ketenangan yang diperoleh dengan berbual bersama Ashuk sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ramai orang memerhatikan dia dan Ashuk. Iyalah, siapa yang tak hairan melihat pemuda biasa berjalan dengan gelandangan, kan? Siap gaya macam kawan baik lagi.

Nak cari kerja kosong

Tambah Khairul lagi, selesai urusan menggunting rambut, Asyuk menyatakan niat untuk mencari kerja kosong. Bertambah kerisauan Khairul pula.

Susah juga sebenarnya nak mencari kerja sekarang. Dengan ekonomi yang tak stabil, lagi pula gelandangan macam Asyuk. Apapun, rezeki itu milik Tuhan. Kalau kita berusaha, pasti kita dapat punya.

Hang doa ja aku ni murah rezeki

Khairul menambah, setelah waktu rehatnya hampir tamat, dia memberikan beberapa keping duit kepada Ashuk. Tidak banyak, namun boleh menampung sedikit sebanyak perbelanjaan Ashuk.

Awalnya Ashuk menolak, bimbang Khairul tak akan berjumpa dengannya lagi. Namun akhirnya dia ambil juga. Kata Ashuk, dia tak tahu bagaimana nak balas budi Khairul.

Khairul pula membalas dia hanya mahu Ashuk mendoakannya sahaja supaya murah rezeki dan jadi kaya. Bila kaya, mereka berdua boleh bantu orang yang lebih susah.

Bukan orang yang alim ibadah

Kata Khairul lagi, dia akui dia bukanlah orang yang alim dan cukup solat ibadah. Tapi selagi diberi peluang untuk berbakti kepada orang lain, dia akan lakukan.

Kami sangat kagumi sikap dan keprihatinan lelaki ini. Semoga ianya menjadi contoh ikutan kepada kita bersama.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Jangan Tengok Video Gomo Sup Air Asam Masa Lapar!